Wednesday, December 19, 2012

Antara Ibu, Isteri, Timbalan Menteri, ahli politik dan rakyat

Di sini ingin saya katakan sesuatu.


Saya mengenali seorang wanita yang sungguh tabah mengharungi kehidupannya yang sungguh padat dengan aktiviti-aktiviti harian selaku tim menteri wanita, sebagai ibu kepada 3 orang anak, seorang isteri dan juga seorang anak kepada keluarganya serta sebagai adik dan kakak kepada ahli keluarga yang lain.

Banyak perbezaannya di antara ahli Parlimen UMNO yang lain. Kesungguhan, keazaman memikul amanah dan tanggungjawab kepada negara patut di contohi oleh pemimpin UMNO yang lain.


Antara kasih ibu yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anaknya, antara kasih pemimpin kepada rakyatnya. Semoga Allah senantiasa memberkati beliau.
Di harap pemimpin UMNO yang lain mengambil contoh beliau.

Tuesday, August 14, 2012

Jawapan Tun

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.
Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
Sumber: Harakah Daily, June 11th, 2011

Monday, August 13, 2012

Dilema Bangsaku

Perjalanan kemajuan bangsa melayu masih perlahan, namun aku kena melaluinya dengan lebih tabah

Kegagalan dalam sistem pendidikkan punca pergolakkan

Perbezaan antara kaum semakin ketara di era millenium ini. Kenapa dahulu kita mampu mempunyai pelawak, pelakon, penyanyi penari dikalangan kaum India dan cina yang fasih berbahasa melayu. Mampu bertutur dan berpantun , mengalunkan melodi tradisional, gamelan nafiri dan sebagainya. Namun kini amat jarang sekali kita melihat penghibur tanahair terdiri daripada 2 kaum ini.

Apakah sebabnya ?
Adakah kerana kita membenarkan sistem pendidikkan mengikut acuan bangsa yang mana bahasa melayu tidak dimartabatkan. Kenapa kita tidak mencontohi Indonesia dan Singapura dalam aspek perpaduan bangsa. Cauvinis cina DAP bersama Dong Zong dan NGO cina bersama sama memperjuangkan kepentingan satu bangsa. Mengapa kita bangsa melayu duduk sahaja. Kepada Perdana Menteri ambillah iktibar daripada ayahanda DSN, dalam mengejar undi cina kita hilang undi melayu kerana telah berpecah 3. Renungkanlah

Sunday, February 6, 2011

Revolusi Pemerintahan Baru

Assallammualaikum,

Tunisia telah berjaya digulingkan dan sekarang hampir semua dunia arab yang berada dibawah pemerintahan kuku besi dan rasuah sedang bergolak. Rakyat akhirnya terdidik oleh kefahaman pada islam itu sendiri sehingga mencetuskan semangat jihad menentang ketidak adilan. Islam itu sumur dan lengkap untuk segala aspek yang mana tidak terlawan oleh mana-mana kitab dan cerdik pandai dari semua sudut  baik dari segi SAINS, POLITICAL , EKONOMI dan pelbagai lagi. Ketua-ketua agama dari golongan kristian , yahudi, animisme masih tidak mampu menjawap persoalan yang dikemukakan dalam Al_Quran.

Sunday, January 30, 2011

Kemenangan di Johor

Tahniah pada ADUN BN terutama pada komponen UMNO. Nampaknya sokongan semakin meningkat. Pada UMNO pastikan janji pada org melayu dilaksanakan. Kaum cina dah banyak dapat. Bantulah kaum sendiri pula

Wednesday, January 26, 2011

Become a Malay entrepreneur

In our country, government give a preference to bumiputera community as major ethnic i terms of government procurement. Through the policy from Dasar Ekonomi Baru, Malaysia National Plan and New Economy Model. But the major problem is, 90% of the government contract go to chinese Busineesman. Why?

Why all those major contract dominan by the chinese ethnic.
Is it because we as a malay don have the skill set, financial and experience?


I believe and many of the outside Malay businessman believe also that the mentality of the senior government officer with the politician support still doesnt put any trust on Malay.

This mentality should be stop. I feel bad as a citizen, nasionalis and a malay.